Seharum Bunga Dunia

April 5, 2009 3 comments

Dunia …
Indah diciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita dipandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu

Wahai diri berapa lama lagi?
Kau terus begini
Terus menghianati …?

Kapankah lagi
Engkau kan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati

Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti

Categories: jiWa, nasyeed

Sekuat Mana Sandaran

March 29, 2009 1 comment
“Sekarang dah rasa tekanan melampau-lampau dah, banyak sangat kerja sekolah!”

Keluhan yang kadang-kala biasa didengar daripada mana-mana penuntut Universiti Adelaide, istimewanya daripada sahabat-sahabat baik sendiri.

Hanya senyuman yang mampu diberi, bersama satu petua untuk memanjangkan masa …

“Pernah tak apabila membuat satu-satu perkara, bila tengok jam, terasa macam baru beberapa minit berlalu…”

Jawapan mudah, …

“Pernah! Time mengaji al-Quran.”

Maka …

“Kesenangan, kesusahan, kelapangan, kesibukan, semuanya datang daripada Dia Yang Satu. Bezanya ialah sekuat mana kita kita bersandar kepada si Dia.”

Dan itu bukan jawapan yang telah diberi, gagal diberikan kerana si pemberi ini gagal mengadaptasikan jawapan itu dalam kehidupan tipikal sebenarnya.

Jawapan yang disediakan …

“Niat kena betul time buat kerja, baca bismillah dulu.”

Dan nasihat ringkas yang sering dilontarkan …

“Jangan buang masa. Susun masa dan kerja betul-betul.”

Aku menulis dari sebuah sampan yang kecil, di lautan yang luas terbentang, dikayuh oleh mereka yang mencari arah tuju.

Categories: Sendiri

fasa berikutnya III

March 22, 2009 Leave a comment

Ada satu perkara yang menjadi isu peribadi bila mana satu tugasan yang tetap telah diamanahkan untuk dilaksanakan, diputuskan untuk dibuat bersama.

Sangat susah, apabila mungkin diri sudah biasa melaksanakan tugasan seumpama itu sebelum ini, tetapi keputusan yang dibuat itu memerlukan satu tindakan susulan.

Dan sangat susah juga apabila… tindakan susulan itu melibatkan hati dan perasaan.

Orang yang biasa membuat tugas yang akan terus terbiasa dengan tugas yang berat. Maka biarkanlah.

p/s: “ana tak pandai jadi kawan yang baik…”

Categories: Sendiri

fasa berikutnya II

March 16, 2009 1 comment
“Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah …”

Kalau Muhammad ada Abu Bakar, Musa punyai Harun.

p/s: Saya ada SQ.

Categories: Sendiri

fasa berikutnya

March 11, 2009 Leave a comment

Tak tahu bagaimana tutur kata patut diatur. Serba-salah untuk memulakan dari mana. Kadang-kadang, keadaan yang diidamkan datang sendiri. 

Ada masanya Allah memang sangat membantu. Selepas ini Allah hanya akan membiarkan da’i muda ini menjadi lebih gigih. Gigih beramal.
“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [al-An'am:17]
Semoga segala amalan hanya kerana-Nya.
Categories: Sendiri

Secebis Adelaide VI

February 23, 2009 Leave a comment
Belum masa untuk tidur!

Kerja lebih banyak daripada masa yang ada!


p/s: Ini Secebis Adelaide terakhir.

Categories: Sendiri

Khan Younis

February 22, 2009 Leave a comment

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Khan Younis doamu tulus
Khan Younis
Khan Younis

Categories: nasyeed
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.