13 Sept: Video

September 13, 2010 Leave a comment

Hari ini 13 Sept. Bergelumang dengan timbunan jurnal, data, gambar dan macam-macam lagi demi sekeping thesis (sekeping?) untuk dihantar 1stdraft nya awal bulan depan. Aduhai, kerja banyak, tapi mood tu tak ada pula harini!

Jadi sebagai alternatif untuk menjadikan hari ini lebih bermakna, keluar rumah beli barang-barang rumah, kemas itu ini dan sebagainya.

Nak kongsi beberapa video / filem pendek yang dibuat dalam beberapa minggu ini …

SQ dimasuki air!

Categories: hari ini

29 Jan: Honours

January 31, 2010 1 comment

Sebelum ni asyik mengeluh je; bila lah JPA nak bagi Financial Afidavit? Setiap hari emel kepada JPA Sydney, JPA Putrajaya, Puan Haslina, puan tu, puan ni. Takut juga kalau tak dapat. lebih-lebih lagi tarikh tutup untuk hantar FA tu beserta acceptance untuk sambung honours dah lepas sangat dah. Habislah, kalau uni tak accept nanti. Sekolah pulak nak buka dah.

Jumaat pagi, bangun pagi terus check emel guna handphone. Wah! Ada emel berattach daripada JPA Putrajaya. Apalagi, terus bergegas ke International Office. Setelah berulang-alik ke komputer lab, akhirnya FA itupun diterima.

Maka dengan rasminya, esok aku akan kembali ke sekolah. Eh, silap. Akan masuk ke sekolah baru. Sebelum ni kan School of Earth & Enviromental Science. Esok akan ke Australian School of Petroleum. Kan Nik?

Semoga hari esok lebih bermakna, bersejarah dan dipermudahkan oleh Yang Mengatur Urusan. Amin.

Categories: Eksperimentasi Diri

28 Jan: Muslim

January 28, 2010 Leave a comment

Selasa petangnya memasak steamboat. Bila sudah siap, hasil pun dibawa ke rumah Abang Zaki. Asalnya nak buat hadiah perkahwinan, tetapi combo; hadiah perkahwinan dan hadiah perpisahan.

Petang tadinya terus ke airport untuk menghantar Muslim yang BFG. Ada beberapa orang sahaja, aku, Omar dan Ammar. Ada juga yang lain-lain seperti Aznan, Amzar, Hakim, Ringo dan Dotti tapi ada yang tak sempat jumpa pun. Hampa.

Selamat jalan Muslim. Kita bukan berpisah tau, sebab di mana-mana pun kita berada, kita masih menanggung beban yang sama. Beban DAKWAH yang sama. Kita masih berada pada jalan yang sama. Kami di Adelaide inipun akhirnya akan beramal di tanah air juga.

Categories: Eksperimentasi Diri

26 Jan: Steamboat

January 27, 2010 Leave a comment

Tak pernah-pernah buat steamboat. Tapi dah janji dengan Muslim untuk buat steamboat untuk beliau sebagai hadiah perkahwinan bila dia dah sampai Adelaide.

Cadangkan kepada Ekram, minta buatkan steamboat sebagai hidangan yang ikhwah sediakan. Maka petang semalam sediakan steamboat bersama-sama di rumah Ekram. Tidaklah susah sangat, beli benda-benda yang dah sedia masak atau rebus siap-siap seperi udang, sotong, fishball dan sebagainya.

Sampai masanya, hasil pun dibawa ke rumah Abang Zaki. Asalnya nak buat hadiah perkahwinan, tetapi …

Categories: Eksperimentasi Diri

24 Jan: Deep Creek CP

January 24, 2010 Leave a comment

Selepas qiamullail bersama-sama pagi Sabtu yang lalu, ingatkan nak tidur selelap dua. Alih-alih bila pejam mata sahaja, seolah-olah ada projektor dalam kepala otak sedang memancarkan banyak benda – banyak perkara yang perlu dibuat secepat mungkin. Terus bingkas bangun, bersiap-siap diri dan peralatan untuk camping dan hiking di Deep Creek Conservation Park.

Tiba di destinasi, Trig Campground agak lewat daripada masa yang sepatutnya. Terus memasang khemah, bersiap-siap makanan tengahari dan peralatan yang perlu, kami berempat; Jube’, Amzar, Safuan dan saya pun memulakan hiking. Kalau ikut informasi yang diberikan, trail yang kami lalui adalah hard dan sejauh 7.5 kilometer, iaitu memerlukan 7 jam untuk melaluinya. Bunyi agak mencabar, namun pada awalnya, trail yang kami lalui agak biasa dan mendatar sahaja.

Selepas satu jam berhiking, kami tiba di satu kawasan yang sangat cantik dan menarik. Deep Creek Cove seolah-olah lembah pertembungan antara sungai dengan laut. Subhanallah, sangat cantik! Kami berehat, makan tengahari dan bersolat jama’ Zuhur- Asar di situ selama hampir 40 minit sebelum meneruskan perjalanan.

Perjalanan berikutnya sangat mencabar berbanding sebelumnya. Kami terpaksa mendaki curam yang pada agak saya 80 darjah dari permukaan rata. Sangat memenatkan! Kami terpaksa berhenti berehat banyak kali kerana sangat letih dan menyakitkan lutut. Huh? Kami ada 6 jam lagi perjalanan untuk dihabiskan. Menarik, bukan?

Dalam perjalanan berhiking, macam-macam kami jumpa. Antaranya sekumpulan kanggaru liar dan kawasan tumbuhan perosak pythophtora di mana kami mesti memberus tapak kasut kami sebelum meneruskan perjalanan. Paling menakutkan ialah apabila ada seekor echidna berada betul-betul di trail kami. Semoga binatang tersebut ‘tidak melepaskan duri-durinya yang tajam’ ke arah kami (sebelum itu kami ada berbual-bual tentang landak).

Selepas sangat lama berjalan, memanjat, naik turun bukit, meredah hutan, kami tiba di kawasan air terjun 4 jam kemudian. Cantik betul, walaupun airnya agak kemerahan. Pada saat itu bekalan air minuman kami berada dalam keadaan yang sangat berbahaya, tetapi kami tidak sanggup mengambil air terjun berkenaan sebagai air minuman.

Hari semakin gelap dan mendung, hujan renyai-renyai sekejap-sekejap sepanjang kami berhiking. Badan semakin penat, air minuman sudah habis, fikiran semakin kusut, hati semakin berdebar-debar; jauh lagikan perjalanan? Adakah kami kesesatan?

Esoknya kami ke Cape Jervis dan Starfish Hill untuk melihat pemandangan Kangaroo Island, lautan lepas serta kawasan kincir angin gergasi. Tempat ni memang best! Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Foodland Normanville dan makan tengahari di Myponga Dam yang cantik juga.

Categories: Eksperimentasi Diri

Pabila Menatap Cermin

April 22, 2009 Leave a comment

Banyaknya masa tatkala melihat diri di cermin adalah subjektif bagi setiap individu. Namun keseriusan semasa menatap wajah di cermin tidak mampu dipersoalkan lagi, yakni ketika bersiap-siap untuk ke suatu tempat yang penting dan ramai orang.

Kalaulah si cermin itu mampu menzahirkan betapa hitamnya hati si pelihat itu, nescaya si pelihat itu tak tentu arah, pastinya terpinga-pinga mencari solusi. 
Hitamnya hati bukan boleh ditutup dengan lapisan bedak yang tebal mahupun apa-apa krim. Hitamnya hati juga bukan boleh dihilangkan serta-merta.
Sehitam mana hati anda sekarang?
Categories: jiWa

Teruskan Melangkah!

April 6, 2009 Leave a comment

“… dan Allah jualah yang sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya …” (Yunus [10]:82)

Muhasabah seorang da’i ialah dengan meletakkan kesalahan pada diri sendiri.
Tiada alasan untuk berhenti. Tiada peluang untuk futhur. Tiada masa untuk terus bermimpi. Cukuplah kelalaian sebagai kerehatan, dan biarlah berada di dalam syurga yang tertinggi sebagai kerehatan yang sebenar.
p/s: SQ.
Categories: Sendiri